
Sambal Hitam
Special About Our Sambal
Bahan utama sambal ini merupakan belimbing buluh yang telah direbus bersama garam dalam masa yang lama sehingga belimbing tersebut kecut dan berwarna coklat. Tempoh yang diperlukan untuk memastikan sambal hitam ini betul-betul masak dan dapat disimpan dalam tempoh yang lama adalah dalam dua sehingga tiga jam. Keunikkan rasa yang masam, pedas dan manis membuatkan sambal ini sentiasa dijadikan pilihan sebagai pelengkap makanan.
Sambal ini amat sesuai di makan dengan apa-apa juadah terutama sekali nasi putih. Kalau dipadankan dengan nasi putih panas-panas sememangnya sedap.
Cili, bawang dan ikan bilis juga diperlukan, di samping menjadi bahan penyedap buat sambal ini. Kesemua bahan tersebut bakal dicampur dan dimasak sehingga sambal itu menjadi kehitaman. Oleh sebab itu ianya digelarkan sambal hitam.

ASAL USUL SAMBAL HITAM
Sambal hitam ini merupakan pembuka selera yang sangat terkenal di Pahang dan sambal ini memang sukar untuk dapat di negeri lain. Kebiasaannya, sambal ini ditemui di Jerantut, Raub dan Kuala Lipis, menyebabkan ramai pengunjung luar datang ke daerah tersebut untuk merasai keenakan sambal ini.
Oleh itu, sambal hitam yang telah diwarisi sejak turun temurun ini membuatkan makanan tradisi negeri Pahang itu menjadi salah satu identiti buat daerah tersebut. Bukan itu sahaja, sambal ini juga terkenal oleh kerana proses pembuatannya yang unik
Contact
Lot 1900 Taman Desa Setia, Kg Sungai Atas Tol, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
+60 19 724 1498


